Powered By Blogger

Saturday, 25 February 2012

Gelombang

1. Gelmbang adalah satu fenomena di mana tenaga di pindahkan melalui getarannya.
2. Gelombang terbahagi kepada 2 kumpulan.
     i. gelombang mekanikal
     ii. gelmbang e;ektromagnet
3. Istilah yang berkaitan gelombang
    i.Frekuensi ialah bilangan kalaan lengkap yang boleh dilakukan dalam satu unit masa. Unitnya ialah hertz (Hz).
    ii. Tempoh gelombang ialah masa yang diambil untuk membuat satu kalaan lengkap. Unitnya ialah saat (s).
  Perhubungan di antara tempoh dengan frekuensi ialah 
                                                                  f = 1
                                                                       T
     iii. Amplitud bagi satu jasad yang bergetar adalah anjakan maksimum dari kedudukan keseimbangan semasa jasad itu bergetar
     iv. panjang gelombang, ialah jarak antara 2 puncak atau 2 lembangan berturutan pada suatu gelombang.
     v. halaju gelombang, v, ialah jarak yang dilalui oleh sesuatu gelombang pada satu saat mengikut arah perambatan gelombang.
       v = λ.f   dimana
        f adalah frekuensi
        λ adalah panjang gelombang



No comments:

Post a Comment